The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Terbaru : Selangor MAC Mengekalkan Takhta Pendahulu Cuckoo MPFL 2022

Feb 18, 2022 - FAS

Pasukan futsal Selangor MAC terus kekal sebagai pendahulu liga Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) selepas berjaya mengumpul 21 mata menerusi tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic, baru-baru ini.

Biarpun tiada perlawanan untuk pasukan Selangor MAC bagi sirkit 4, pasukan futsal Gergasi Merah terus menunjukkan taring dengan menyapu bersih kemenangan untuk kedua-dua sirkit baru-baru ini termasuk perlawanan tertunda menentang KL City FC.

Berikut adalah keputusan Sirkit 3 & 5 serta perlawanan tertunda Selangor MAC:-

Sirkit 3

KEDAH 2-9 SELANGOR MAC

SELANGOR MAC 8-1 ATM

Sirkit 5

KELANTAN 3-5 SELANGOR MAC

SELANGOR MAC 4-2 TERENGGANU

Perlawanan Tertunda

SELANGOR MAC 5-3 KL CITY FC

Keputusan perlawanan Sirkit 1 & 2

Dengan lima kemenangan tersebut, Selangor MAC juga meletakkan jurang sebanyak 25 perbezaan gol untuk terus gah sebagai pendahulu liga biarpun berbeza tiga mata sahaja dengan tempat kedua liga, pasukan Negeri Sembilan.

Dibawah merupakan jadual perlawanan Selangor MAC untuk bulan ini:-

18/2/22, 5:30PM - SELANGOR MAC vs PERAK

20/2/22, 3:00PM - KPT MUSTANG vs SELANGOR MAC

26/2/2022, 8:30PM - PULAU PINANG vs SELANGOR MAC

Pihak pengurusan sangat berbangga dengan pencapaian pasukan Selangor MAC. Semoga pasukan dapat terus berikan persembahan yang baik dan mempertahankan piala MPFL musim ini. Teruskan momentum kemenangan, Red Giants!

Demi Kebanggaan.